Sila klik di sini untuk mengikuti: VIDEO KLIP MAYANG MENGURAI : Episode 19 - Episode Akhir
Kornilam: Kamu berdua dengar sini. Kalau kamu berdua nak ikut jejak Mayang Mengurai, buatlah tapi aku telah tukarkan Mayang Mengurai menjadi labu. Itulah sumpahan terakhir daripada aku. Selepas itu Kornilam beredar dari situ.
Mayang Indera: Kenapa ya rupa ibu telah berubah?
Mayang Merdu: Tak tahulah. Kuasanya dah makin kurang kot.
Mayang Indera: Maknanya kalau kuasa ibu kurang kita boleh lari daripada tempat ni.
Mayang Merdu: Memang boleh tapi kita kena tunggu masa yang sesuai, ya?
Mayang Indera: Tapi aku rindukan Mengurai.
Khalif: Ma... mama, kenapa dengan mama ni?
Mariani: Alif.
Mariani: Mayang Mengurai.
Khalif: Mana Mayang Mengurai?
Mariani: Itu, Mayang Mengurai, Alif.
Khalif: Kenapa labu ni dengan rambut ni?
Mariani: Ini Mayang, Lif.
Khalif: Mama.. relax mama cakap satu-satu okey! Mana Mayang Mengurai?
Mariani: Tadi mama bawa Mayang datang sini. Lepas tu dia potong rambut dia. Lepas dia potong rambut dia, ibu dia datang, dia bertukar wajah, lepas tu dia sempat Mayang ni jadi labu, Lif.
Khalif: Apa? Mayang Mengurai jadi labu?
Khalif menangis kesedihan mengenangkan nasib Mayang Mengurai yang telah bertukar menjadi labu. Khalif amat merindukan Mayang Mengurai.
Dalam satu babak yang lain, Shahrul mendapat tahu bahawa Wahab telah mengupah orang untuk membunuhnya.
Khalif terkenang sewaktu dia melamar Mayang Mengurai.
- Bos, ada benda yang aku nak beritahu kau.
Wahab: Apa dia?
- Aku dah bunuh Shahrul.
Wahab: (ketawa) Bagus. Lepas tu kau nak jumpa aku sekarang kenapa? Kau tak percaya kat aku? Takut aku tak bayarkan kau?
- Bukan aku tak percaya kat kau. Tapi malam ni aku nak melarikan diri untuk sementara waktu.
Jadi aku nak baki upah tu.
Wahab: Okey. Ada, ada kat belakang. Tunggu kejap.
Polis sempat tiba di tempat kejadian dan Wahab ditangkap polis sebelum dia sempat berbuat apa-apa.
Rosli: Saya datang ni nak minta maaf pada puan.
Mariani: Auntie Mariani.
Rosli: Auntie. Sebenarnya sejak perniagaan saya jatuh bankrupt dan setelah arwah mak saya meninggal fikiran saya terganggu auntie. Sampai saya sanggup buat benda salah sampai culik auntie. Tapi sekarang tak lagi. Saya dah dapat banyak pengajaran dan insaf, auntie.
Mariani: (Mariani amat bersyukur kepada Tuhan) Auntie pun macam itu juga. KIta manusia tak dapat lari daripada kesilapan.
Rosli: Auntie, Khalif ada?
Mariani: Dia...
Rosli: Auntie? kenapa auntie menangis?
Mariani: Dia ada kat dalam.
(Rosli pergi menemui Khalif yang masih dalam kesedihan)
Wati memberitahu Shahrul bahawa dia telah kemas kinikan semua fail-fail syarikat dan mendapat tahu bahawa Wahab telah banyak gelapkan wang syarikat.
Wati: Nasib baik dia dapat dikesan sebelum terlambat.
Shahrul: Pihak bank juga telah banyak membantu kita. Dia orang akan hantarkan penyata bank dan inform kita kalau syarikat kita nak keluarkan duit berpuluh-puluh ribu macam tu.
Wati: Harap-harap selepas ni syarikat berjalan seperti dulu.
Shahrul ingin berjumpa dengan Khalif tetapi menurut Wati, Khalif tidak pergi ke pejabat. Shahrul hairan kenapa Khalif tidak datang. Khalif beritahu Wati bahawa semalam pun begitu, Khalif tidak datang ke rumahnya. Shahrul hairan apa yang telah berlaku pada Khalif.
Khalif: Kenapa doktor datang ke sini?
Rosli: Sebenarnya saya datang nak minta maaf pada auntie. Ya lah tak elok kita berdendam. Kita kena banyak bermaaf-maafan.
(Rosli menasihatkan Khalif supaya dia kuatkan semangatnya)
Din - Engkau ni memang perempuan kejamlah. Apa yang sebenarnya kau nak daripada kami.
Kornilam: Aku tak nak apa-apa daripada kau.
Ina - Kau pergi dari sini. Aku benci tengok muka kau.
Kornilam - Kau nak tahu pasal anak kau?
Din: Ya, mana anak kami?
Kornilam: Sebenarnya anak kau masih hidup.
Din: Betul ke?
Kornilam: Betul. Namanya Mayang Mengurai. Rambutnya memang panjang berjurai tapi sudah dipotong.
Ina: Bang, firasat saya betul bang. Anak kita hidup lagi. Bagaimana keadaan dia?
Kornilam: Itu bukan anak kau. Itu hasil daripada labu yang aku berikan pada kau.
Ina: Tapi aku yang lahirkan dia.
Kornilam: Tak semestinya dia menjadi anak kau.
Din: Di mana dia sekarang?
Kornilam: Ada di rumah kekasihnya. Tapi sayang aku sudah sumpah dia menjadi labu.
Din: Apa?
Kornilam: Rumahnya ada di hujung sana. Pergilah.
Din: Puan, sebenarnya kami ni merupakan ibu bapa kepada Mayang Mengurai.
Ina: Kami dah tahu apa yang telah berlaku pada Mayang Mengurai.
Mohijad: Apa khabar Konilam? Kesian aku melihat keadaan kau sekarang.
Kornilam: Aku benci tengok muka kau. Pergi...
Mohijad: Ya aku akan pergi dari hidup kau buat selama-lamanya. Lagipun kau akan musnah tak lama lagi.
Kornilam: Tak mungkin. Aku telah menukarkan Mayang Mengurai menjadi labu. Khalif tak kan dapat berkahwin dengan dia.
Mohijad: Kau jangan lupa, cinta pertama mereka terlalu kuat. Walaupun macam mana kuat sekali pun dugaan terhadap mereka, mereka tetap akan bersatu.
Kornilam: PERGI!!
Selamat tinggal perempuan yang tidak mengenang budi. Selepas ini kau tidak akan bertemu dengan aku lagi kerana ini adalah pertemuan terakhir untuk kita.Selamat tinggal. (Selepas itu Mohijad terus ghaib dari pandangan)
Suara Mohijad berkata pada Khalif: Kau jangan risau. Dengan kekuatan cinta kau pada Mayang Mengurai, kau pasti akan memilikinya. Kau mesti akan bersatu. Kemudian Khalif terjaga.
Khalif terus memeluk labu itu dalam kesedihan. Titisan air mata Khalif terkena pada labu itu dan tiba-tiba labu itu bertukar menjadi Mayang Mengurai semula.
Khalif: Akhirnya kau kembali juga, Mayang.
Mayang Mengurai: Air mata awaklah yang kembalikan saya.
Kisahnya bersambung...
Sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, TV9, http://www.tv9.com.my/, dan semua pihak atas sumber maklumat, video dan gambar)