Sinopsis Episode 4 pada 18 Januari 2010 - Drama Lagenda Mayang Mengurai disiarkan setiap hari Isnin - Khamis dalam slot Lagenda di TV3 & TV9


posted by aadmin on

No comments



Drama Lagenda Mayang Mengurai mula bersiaran di TV3 dan TV9 pada 12 Januari 2010 dalam slot Lagenda menggantikan Drama Cucu Betong yang tiba penghujung episod pada 11 Januari 2009 - (Mayang Mengurai adalah sebuah cerita yang diadaptasi daripada cerita dongeng Rapunzel) - EPISODE 4
VIDEO KLIP MAYANG MENGURAI : Episode 4
Sinopsis:

Kisahnya bermula dengan seorang pengamal ilmu hitam, Kornilam yang dahagakan kuasa dan ilmu sakti. Kornilam terlalu taksub dengan keabadian hidup dan awet muda, maka dia perlu mendapatkan tiga bayi perempuan sebagai penyambung kuasa saktinya. Kornilam menyasarkan tiga pasangan suami isteri dan dengan tipu muslihatnya, mereka terpaksa mengalah dan menyerahkan bayi kepadanya.

Ketiga-tiga bayi itu membesar menjadi gadis yang jelita dan diturunkan kuasa masing-masing. Mayang Indera mempunyai sepasang mata yang cantik dan mampu memukau sesiapa yang memandangnya. Mayang Merdu pula mempunyai suara yang merdu dan boleh memukau sesiapa yang mendengar nyanyiannya. Yang paling bongsu dan istimewa adalah Mayang Mengurai yang mana keistimewaannya adalah pada rambutnya yang panjang mengurai dan menjadi nadi nyawa Kornilam.

Disebabkan keistimewaan Mayang Mengurai ini, Kornilam mengurung Mayang Mengurai di atas menara tinggi dan tidak membenarkannya keluar. Kornilam akan menyuruh Mayang Mengurai menghulurkan rambutnya turun dari menara sebagai jalan dia memanjat menara itu. Mayang Indera dan Mayang Merdu pula dipergunakan oleh Kornilam untuk mencari punca kewangan.

Dibintangi oleh:

Tania Hudson (Mayang Mengurai)
Anne Ngasri (Mayang Indera)
Zarina AF (Mayang Merdu)
Amar Bahari (Khalif)
Kamal Adli (Shahrul)
Sabrina Ali (Kornilam)
Sasha
Ako Mustapha
Latif Borghiba
Lana Nordin
Badrul Muhayat

Sambungan sinopsis Lagenda Mayang Mengurai Episode 4 pada 18 Januari 2010


Kornilam: Mayang Mengurai mayang terurai, huraikan rambutmu yang panjang berdurai.Aku nak naik ke atas rambutmu yang...(Mayang Mengurai let down your hair...)



Mayang Mengurai melepaskan rambutnya yang panjang untuk Kornilam naik ke atas.


Kornilam: Mayang Mengurai, mana Mayang Indera dan Mayang Merdu?
Mayang Mengurai: Mereka dalam bilik ibu.
Kornilam: Panggilkan mereka.
Mayang Mengurai: Baik bu.

Ina: Dah 21 tahun berlalu bang tapi kita masih belum ketemu dengan jejak Kornilam dan anak kita.
Din: Ina, dari bandar sampai ke kampung dah puas kita mencari dah. Tapi tak ada seorang pun yang tahu di mana mereka.
Ina: Saya terlalu rindu anak kita, bang. Entah dia hidup ke...
Din: Ina... tapi abang yakin yang anak kita masih hidup. Abang yakin.
Ina: Abang yakin ke?
Din beritahu isterinya dia yakin dan mereka terus doakan pada Tuhan.


Kornilam: Dengar sini. Esok ada majlis. Ibu mahu kamu semua ikut sama.
Mayang Merdu: Kita bertiga saja kan ibu. Yang seorang ini tak kan nak ikut juga.
Kornilam: Malam ini sediakan baju. Jangan esok baru nak cari.



Mayang Indera: Kita dah lama tak keluar kan ibu?
Mayang Merdu: Eh tak de lah lama sangat. Nak bandingkan lagi yang seorang tu? Langsung tak dapat keluar.
Kornilam: Mayang Mengurai, turunkan rambut.
Mayang Mengurai: Ibu kan baru keluar? Ibu nak ke mana lagi?
Kornilam: Kau jangan campur urusan aku. FAHAM???




Din: Kenapa awak tak naik ke atas?
Ina: Abang masuklah dulu.
Din: Ina, abang buat kan awak air kopi. Awak nak tak?
Ina: Tak payahlah bang. Abang tak terhenti-henti bagi saya semangat, jaga saya diri abang sendiri pun tak terurus.
Din: Ina yang sebenarnya abang kesian tengok awak. Dah 21 tahu awak asyik murung je. Tak salah kan kalau abang sentiasa ada di sisi awak. Dan sentiasa bersama dengan awak? Jom kita naik ke atas.



Kornilam pergi berjumpa dengan Tok Guru, Mohijad.


Mohijad: Dah lama kau tak datang Kornilam. Ada apa-apa yang merunsingkan kamu?
Kornilam: 21 tahun yang lalu saya kehilangan semua ilmu saya. Setelah saya mengambil tiga orang anak angkat, ilmu saya menjadi kuat semula. Tetapi sekarang ini saya terpaksa menggunakan rambut Mayang Mengurai untuk naik ke menara. Kalau dulu saya boleh menghilangkan diri dan menjadi apa saja yang saya mahu. Tok Guru adakah sayang akan menjadi manusia biasa dan tua semula? Tolonglah saya, Guru.
Mohijad: Kornilam, dalam hidup kau, kau tidak terlalu mengharapkan ilmu dari aku. Sekarang ini, kau perlu buat banyak pemujaan kepada anak-anak kau kerana mereka sajalah yang dapat menolong kau.
Kornilam: Anak-anak saya sudah mencecah 21 tahun. Saya nak tahu Mayang mana yang akan musnahkan hidup saya.
Mohijad: Bulan purnama akan datang. Kau datang semula ke sini. Aku akan beritahu kau siapakah antara mereka.
Kornilam: Baiklah Guru.

Sinopsis penghujung Episode 4 "Mayang Mengurai"




Kornilam: Ibu hendak beritahu pada kamu semua. Ibu harap kamu tetap taat dan setia pada ibu kerana ibu telah menjaga kamu semua dari bayi hingga dewasa.
Mayang Merdu: Perkara apa tu bu?
Kornilam: Sebenarnya kamu semua cuma anak angkat ibu sahaja.
Mayang Indera: Apa? Kami ni anak angkat ibu ke?
Kornilam: Ya.
Mayang Mengurai: Mana ibu bapa kami?
Kornilam: Dah meninggal.
Mayang Merdu: Habis tu macam mana kami semua boleh tinggal dengan ibu?
Kornilam: Panjang ceritanya. Ibu berharap kamu semua tidak tanya mengenai ibu bapa kamu semua lagi. Apa yang penting sekarang ini kita hendaklah bergabung tenaga menambahkan ilmu yang kita ada.



Kornilam: Malam ini aku akan tahu Mayang mana yang akan musnahkan hidup aku.
Kenapa wajah mereka tak kelihatan? Aku mesti jumpa Tok Guru Mohijad.




Mohijad: Hari ini tibalah masanya aku beritahu kau siapakah mereka yang boleh memusnahkan kuasa sihir kau.
Kornilam: Siapa dia, Guru?


Sekian, kemas kini sinopsis Lagenda Mayang Mengurai Episode 4. Bersambung pada 19 Januari 2010.



Sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, TV9, http://www.tv9.com.my/, http://www.bharian.com.my/ dan semua pihak atas sumber maklumat, video dan gambar)

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...