Drama Lagenda Mayang Mengurai mula bersiaran di TV3 dan TV9 pada 12 Januari 2010 dalam slot Lagenda menggantikan Drama Cucu Betong yang tiba penghujung episod pada 11 Januari 2009 - (Mayang Mengurai adalah sebuah cerita yang diadaptasi daripada cerita dongeng Rapunzel) - EPISODE 6
VIDEO KLIP MAYANG MENGURAI : Episode 6Sinopsis:
Kisahnya bermula dengan seorang pengamal ilmu hitam, Kornilam yang dahagakan kuasa dan ilmu sakti. Kornilam terlalu taksub dengan keabadian hidup dan awet muda, maka dia perlu mendapatkan tiga bayi perempuan sebagai penyambung kuasa saktinya. Kornilam menyasarkan tiga pasangan suami isteri dan dengan tipu muslihatnya, mereka terpaksa mengalah dan menyerahkan bayi kepadanya.
Ketiga-tiga bayi itu membesar menjadi gadis yang jelita dan diturunkan kuasa masing-masing. Mayang Indera mempunyai sepasang mata yang cantik dan mampu memukau sesiapa yang memandangnya. Mayang Merdu pula mempunyai suara yang merdu dan boleh memukau sesiapa yang mendengar nyanyiannya. Yang paling bongsu dan istimewa adalah Mayang Mengurai yang mana keistimewaannya adalah pada rambutnya yang panjang mengurai dan menjadi nadi nyawa Kornilam.
Disebabkan keistimewaan Mayang Mengurai ini, Kornilam mengurung Mayang Mengurai di atas menara tinggi dan tidak membenarkannya keluar. Kornilam akan menyuruh Mayang Mengurai menghulurkan rambutnya turun dari menara sebagai jalan dia memanjat menara itu. Mayang Indera dan Mayang Merdu pula dipergunakan oleh Kornilam untuk mencari punca kewangan.
Dibintangi oleh:
Tania Hudson (Mayang Mengurai)
Anne Ngasri (Mayang Indera)
Zarina AF (Mayang Merdu)
Amar Bahari (Khalif)
Kamal Adli (Shahrul)
Sabrina Ali (Kornilam)
Sasha
Ako Mustapha
Latif Borghiba
Lana Nordin
Badrul Muhayat
Sambungan sinopsis ringkas Lagenda Mayang Mengurai Episode 6 pada 20 Januari 2010
Kornilam: Apa yang harus saya lakukan, Guru?
Mohijad: Aku dah cakap kan... kau hanya boleh mendapat kuasa daripada anak-anak angkat kau. Aku tidak boleh tolong kau seperti dulu (I can't help you like before because my power is not strong enough)
Kornilam: Baiklah Guru saya akan lakukan pemujaan semula dengan... ( I will do the ritual with my daughters)
Tina: Papa, right now everything back to normal. And tomorrow Shahrul akan masuk kerja balik. Tapi sampai sekarang, Tina call dia tak dapat-dapat.
Ayah Tina: Biarkan saja. Yang penting sekrang ni Tina jangan buat keputusan yang bodoh. Apa-apa keputusan yang buat, Tina kena berbincang dengan papa dulu.
Tina: Itu sebab kita kena hapuskan Mayang Indera dengan cepat. Kalau tak, Shahrul tu nak fokus pada Tina, pa..
Ayah Tina: Itu perkara kecil saja. Sebab itu sekarang Tina kena cepat-cepat berkahwin dengan Shahrul.
Tina: Habis, tak kanlah Tina nak cakap dengan Uncle Farhan pula.
Ayah Tina: Perkara tu serahkan pada papa. Tahulah papa nak pujuk dia.
Tina: Bagus papa ni. Sayang juga papa pada Tina ya..
Ayah Tina: Mestilah, anak papa kan?
Encik Farhan kata pada Tina dan ayahnya, nasib baik ada bantuan Tina sekiranya tidak, Shahrul yang terpaksa menanggung kerana kesalahan orang lain.
Ayah Tina: Saya yakin Shahrul tak bersalah.
Tuan Farhan: Saya harap Tina boleh bantu Shahrul lepas ini.
Ayah Tina: Cuma Tuan Farhan, kita masih ada lagi satu penghalang yang perlu kita hapuskan.
Tuan Farhan: Siapa?
Tina: Mayang Indera.
Khalif dan Shahrul terdengar nyanyian Mayang Merdu. Bersambung pada 21 Januari 2010
Sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, TV9, http://www.tv9.com.my/, http://www.bharian.com.my/ dan semua pihak atas sumber maklumat, video dan gambar)